ALAMAT ATC Selangor.

AL BAGHDADI TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13/27, 40100 Shah Alam, Selangor.

Selasa, 8 Februari 2011

"Ana bukan tidak tahu baca, Ana cuma tidak kenal huruf."

Hari ini, pelajar tahun 1. Sekolah KAFA Intergrasi Darul Ulum, Simpang Empat, Sungai Udang bertuah kerana terpilih untuk menjadi kelas pertama yang diambil untuk menjalani program - MEMBACA AL QURAN menggunakan TEKNIK AL BAGHDADI.


Walaupun pelajar ini agak kaku pada sesi permulaan untuk mengenalpasti kemampuan mereka mengenal huruf. Namun, keserasian mereka mula menjelma apabila kelas dimulakan.


Kelihatan pelajar ini bergembira dan menunjukkan minat dan kesungguhan untuk mempelajari teknik yang tidak pernah mereka ketahui selama ini.


Masa selama 1 jam terasa begitu singkat. Namun, pelajar ini akan terus dibimbing dalam tempoh yang singkat untuk mereka menguasai teknik ini dan seterusnya membawa mereka kepada penguasaan ayat - ayat Al Quran. InsyaAllah.