ALAMAT ATC Selangor.

AL BAGHDADI TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13/27, 40100 Shah Alam, Selangor.

Sabtu, 9 April 2011

Penunjuk Arah Ke Al Baghdadi Training Centre.

Kami amat memahami kesulitan yang sering dialami oleh pengunjung atau peserta yang hendak datang ke pejabat kami. Maka, di entri ini. Disertakan gambar serta panduan mudah, bagaimana cara menuju ke pejabat latihan kami.

Alamat lengkap:

Al Baghdadi Training Centre.
No. 67, Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

* Petunjuk pertama. Cari lokasi Giant / Stadium Malawati Shah Alam. Bahagian tepi pintu masuk Giant, terdapat kedai pameran PERODUA (sebelah kiri). Disitu, kami letakkan tanda penunjuk arah pertama. Setentang dengan pokok besar. Perlu diingat, jalan adalah SEHALA.


* Gambar foto dibawah. Kelihatan satu sudut simpang. Pembahagi jalan. Jalan terus, jangan belok ke kanan. Penunjuk arah kedua diletakkan dihadapan tiang elektrik. (Bersebelahan papan tanda isyarat warna kuning).



* Sewaktu jalan terus. Jika anda pandang kanan. Kelihatan penunjuk arah ke tiga (cuba lihat pokok sebelah kiri). Dan terdapat sebuah restoran ALIFF.

* Selepas sahaja kenderaan melepasi Restoran ALIFF. Pandu kenderaan disebelah kanan, tetapi ingat, JANGAN BELOK KANAN ! Kerana dihadapan ... anda akan melihat PEMBAHAGI JALAN PVC warna OREN. Teruskan perjalanan, dan perlahankan kenderaan. Pada pembahagi jalan, dihujungnya terdapat sebatang tiang lampu. Disitulah penunjuk arah ke empat (terakhir), dan terus belok ke kanan. Itulah JALAN LAWAN PEDANG. Papan tanda terletak dihadapan Restoran AL RAFI.



* Alhamdulillah, akhirnya anda tiba ke pejabat kami ! Carilah kawasan parkir yang begitu banyak disediakan.


AHLAN WA SAHLAN. SELAMAT DATANG KE PUSAT LATIHAN AL BAGHDADI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan